Saturday, October 23, 2021

Tengkorak palsu untuk lelaki cedera kepala

Mesti baca

DERBY: Josh Storer, 26, berasal dari Derby, UK, mengalami kecederaan teruk selepas diserang pada 9 Julai lalu menyebabkan dia terpaksa menjalani pembedahan otak di Auckland, New Zealand.

Dia koma tiga minggu.

Pakar perubatan mengeluarkan separuh tengkorak lelaki itu di bahagian kanannya untuk menghilangkan tekanan pada otaknya.

Pihak berkuasa hospital memberitahu Storer, dia akan diberikan tengkorak palsu sebagai penggantinya, namun mereka terpaksa menunggu sehingga pandemik Covid-19 di New Zealand kembali stabil.

Pada masa ini Storer hanya menggunakan helmet keselamatan, kulit dan pengawasan ibu bapa serta kakaknya melindungi Storer.

Keluarganya yang tinggal di United Kingdom dibenar datang ke New Zealand menggunakan kebenaran khas.

Sian adik Storer, memberitahu masa depan abangnya “masih tidak menentu, namun pada saat ini dia semakin pulih setelah kejadian itu.

Sementara itu, lelaki berusia 55 tahun yang menyerangnya di sebuah bar ditahan pihak berkuasa dan dihadap ke muka pengadilan, lapor New Zealand Herald.

Secara Rawak

Artikel Terbaru