Saturday, October 23, 2021

Lelaki kantoi cuba rompak bank dua hari berturut-turut

Mesti baca

CALIFORNIA: Seorang lelaki ditahan polis selepas cuba merompak bank yang sama dua hari berturut-turut.

Menurut The Mirror, Samuel Brown, 33, menyasarkan bank CHASE
di Fountain Valley, California untuk kali kedua selepas dia berjaya merompak bank tersebut pada hari sebelumnya.

Dia bagaimanapun menafikan tuduhan merompak peringkat dua.

Menurut polis, tertuduh memperoleh “sejumlah besar wang tunai” setelah dia memberikan nota ugutan kepada juruwang di Newhope Street Chase pada hari pertama.

Dia kembali ke bank keesokan paginya dan cuba merompaknya sekali lagi.

Menurut laporan polis mereka tiba di lokasi sekitar 11:15 pagi dan menangkapnya selepas dihubungi pihak bank.

Brown sebelum ini disabitkan kesalahan merompak di San Diego dan masih mempunyai satu waran tangkap, lapor The Mirror.

Secara Rawak

Artikel Terbaru