Monday, October 25, 2021

Angka kematian di Indonesia terus menurun

Mesti baca

Angka kematian akibat Covid-19 di seluruh dunia kini melebihi 4.87 juta manakala jumlah kes jangkitan lebih daripada 238.99 juta.

Berdasarkan data Worldometers pada pagi Selasa, Amerika Syarikat terus merekodkan jumlah kematian tertinggi, 734,476  kes termasuk 330 kes kematian terbaharu.

Ini diikuti Brazil dengan  601, 266 kes, termasuk 219 kes terbaharu, India  450, 991   kes termasuk 177 kes kematian terbaharu, Mexico  282, 086 kes, termasuk 128 kes terbaharu sementara Rusia kini mencatat  217, 372  kematian termasuk 957 kes terbaharu — tertinggi kes harian di dunia.

United Kingdom merekodkan  137,763   kematian, Itali   131, 335  kes kematian dan Perancis pula merekodkan lebih 117, 082  kes kematian.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia di tangga teratas dengan 142, 716  kes kematian termasuk 65 kes terbaharu, berbanding 99 kematian 24 jam sebelumnya.

Indonesia dengan lebih 4.22  juta kes jangkitan di tangga ke-14 dunia.

Filipina di tangga kedua  dengan  39, 660    kematian diikuti Malaysia dengan  27, 422 kes, manakala Thailand  17, 6751   angka korban termasuk 60 kematian terbaharu.

Malaysia di tangga ke-20 dari segi jumlah kes jangkitan setelah merekodkan lebih 2.34 juta kes.

Secara Rawak

Artikel Terbaru