Friday, October 22, 2021

Penjawat awam senyum lebar, dapat sebulan setengah gaji

Mesti baca

KUCHING:  Penjawat awam negeri Sarawak dapat mengukir senyum lebar

Mereka  bakal  mendapat bantuan khas  kewangan sebulan setengah gaji manakala penjawat awam Persekutuan di negeri ini mendapat RM500.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata penjawat awam Sarawak.

“Sebagai menghargai khidmat bakti yang dicurahkan oleh para penjawat awam dalam mengurus jentera kerajaan khususnya dalam menangani suasana getir pandemik ini, saya dengan amat berbesar hati mengumumkan pemberian satu setengah bulan Bantuan Khas kewangan buat para penjawat awam negeri,” kata Abang Johari.

Perkara itu diumumkan Ketua Menteri semasa pembentangan Bajet Sarawak 2022 susulan Mesyuarat Khas Bajet Negeri di Pusat Konvensyen Borneo di sini, pada Selasa.

Dalam Bajet 2022 yang dibentangkan dalam mesyuarat Dewan Undangan Negeri (DUN), Abang Johari turut mengumumkan edisi bajet ini merekodkan jumlah tertinggi dalam sejarah negeri Sarawak dengan RM10.646 bilion.

“Pendapatan negeri dianggarkan sebanyak RM10.036 bilion dan ini menyaksikan jangkaan defisit sekitar RM610 juta,” katanya.

Bajet Sarawak 2022 ini turut menggariskan lapan teras strategik yang memberi keutamaan kepada kesejahteraan hidup rakyat.

“Pada tahun hadapan, kita juga telah memperuntukkan skim baharu untuk rakyat iaitu Skim Bantuan Deposit Perumahan Untuk golongan B40 dan M40 berjumlah RM10,000 tunai, yang akan memberi manfaat 1,200 pembeli rumah,” jelasnya lagi.

Secara Rawak

Artikel Terbaru