Friday, October 22, 2021

Kerajaan Sarawak terus beri bantuan khas

Mesti baca

KUCHING:  Dalam usaha untuk meringankan bebas rakyat ekoran ancaman Covid-19, Kerajaan Sarawak akan meneruskan Bantuan Khas Sarawakku Sayang 8.0 untuk enam bulan pertama  tahun depan, kata Ketua Menteri.

Menurut  Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg kerajaan negeri telah memutuskan untuk meneruskan beberapa inisiatif utama di bawah BKSS 8.0 bernilai RM285.47 juta.

“Termasuk dalam inisiatif itu ialah diskaun bil elektrik yang bernilai RM166.8 juta  yang bakal memberi manfaat kepada 647,000 penerima, diskaun bil air yang bernilai RM24.0 juta dan memberi manfaat kepada 646,131 penerima,” katanya.

Beliau mengumumkan perkara itu selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Belanjawan Negeri 2022 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini.

“Sementara itu, 50 peratus diskaun sewa HDC bernilai RM2.6 juta memberi manfaat kepada 3,200 penyewa dan pengecualian sewa kepada PKS (perusahan kecil dan sederhana) di sektor runcit yang beroperasi di premis milik syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bernilai RM2.0 juta,” katanya.

Jelas beliau lagi, di bawah BKSS 8.0  insentif  sekali beri bernilai RM500 juga bakal dinikmati  1,752 pemilik dan pengusaha tambang berdaftar dengan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS), pengusaha van berlesen, pemandu teksi, pengusaha van dan bas skeolah di Sarawak yang berjumlah RM0.87 juta.

Geran khas sekali beri sebanyak RM1,000 kepada 87,500 penjaja dan peniaga kecil melalui Sarawak Pay berjumlah RM87.5 juta akan juga diberi.

Katanya, inisiatif lain yang diteruskan ialah diskaun 50 peratus sewa pasar dan gerai milik pihak berkuasa tempatan berjumlah RM1.7 juta yang memberi manfaat kepada 10,165 penyewa.

Secara Rawak

Artikel Terbaru