Tuesday, September 27, 2022

Remaja 15 tahun hamil 33 minggu dirogol kawan lelaki

Secara Rawak

MIRI: Seorang lelaki tempatan ditahan polis kerana disyaki merogol seorang remaja perempuan, yang kini hamil lapan bulan.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Hakemal Hawari berkata suspek, 25, ditahan di rumah panjang di Ulu Niah oleh pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Miri kira-kira jam 9 malam, Jumaat lalu susulan laporan yang dibuat.

Insiden tersebut terungkai apabila remaja perempuan berusia 15 tahun itu ditemani ibunya ke Klinik Kesihatan Ibu di Batu Niah untuk menjalani pemeriksaan kesihatan pada 9 September lalu dan mendapatinya telah hamil 33 minggu (lapan bulan).

Polis telah dimaklumkan mengenai kejadian tersebut oleh pegawai perubatan klinik berkenaan setelah ibu remaja terbabit enggan membuat laporan walaupun telah dinasihatkan untuk berbuat demikian.

“Siasatan awal mendapati remaja tersebut berkawan dengan suspek pada awal tahun ini dan putus hubungan pada April lalu,” katanya.

Suspek kini telah ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru