Friday, August 12, 2022

12 institusi terima sumbangan RM240,000

Secara Rawak

KUCHING: Sebanyak 12 institusi kebajikan menerima sumbangan berjumlah RM240,000 pada Majlis Jamuan Teh sempena sambutan hari lahir Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yang diadakan di Dewan Santapan, Kompleks Dewan Undangan Negeri (Dun) di Petra Jaya, semalam.

Sumbangan diserahkan oleh Taib, bagi membantu institusi-institusi terbabit untuk menjalankan aktiviti masing-masing.

Para penerima terdiri daripada Ahli Lembaga Pelawat Rumah Seri Kenangan Kuching, Ahli Lembaga Pelawat Rumah Seri Kenangan Sibu, Ahli Lembaga Pelawat Pusat Pemulihan Samarahan, Ahli Lembaga Pelawat Sekolah Tunas Bakti Kuching, Ahli Lembaga Pelawat Sekolah Tunas Bakti (P) Miri, Ahli Lembaga Pelawat Taman Seri Puteri Kuching, Ahli Lembaga Pelawat Rumah Kanak-Kanak Datuk Ajibah Abol Sri Aman, Ahli Lembaga Pelawat Rumah Kanak-Kanak Toh Puan Hajah Norkiah, Ahli Lembaga Pelawat Desa Bina Diri Kuching, Asrama Akhlak (L) Kuching dan Asrama Akhlak (P) Kuching.

Hadir sama pada majlis yang berlangsung pada jam 11 pagi itu ialah isteri Taib, Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib.

Majlis yang diadakan dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) Covid-19 itu turut dihadiri oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, Speaker DUN Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Menteri Muda Kesejahteraan Komuniti Sarawak Datuk Francis Harden Hollis serta tetamu kehormat lain.

Majlis telah dimulakan dengan persembahan ‘Ngalu Temuai’, tarian tradisional pelbagai etnik yang dipersembahkan oleh para penari Yayasan Kebudayaan Dayak bagi menyambut ketibaan para tetamu.

Taib dan Ragad kemudian dijemput untuk memotong kek ‘pulut kuning’ bagi menandakan hari lahirnya.

Para hadirin turut dihiburkan dengan nyanyian lagu medley Tan Sri P. Ramlee, yang dipersembahkan oleh artis-artis di bawah Majlis Seni Sarawak.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru