Saturday, October 23, 2021

Wanita berhalusinasi selepas digigit labah-labah

Mesti baca

VIRGINIA: Seorang wanita berhalusinasi dan menyangka dia akan mati setelah digigit pada bahagian bibir oleh seekor labah-labah.

Sherri Maddox menyertai akiviti kayak menyusuri Sungai Staunton apabila dia digigit seekor labah-labah, yang pada mulanya tidak menyedari betapa seriusnya gigitan itu.

Apabila gigitan itu masih terasa sakit keesokan harinya, Maddox mencari antibiotik untuk melegakannya, namun dia mendapat tempat gigitan itu menjadi semakin membengkak.

Maddox memberitahu Fox News, dia juga berhalusinasi dan tidak menyedari bahawa dia dibawa ke beberapa hospital berasingan semasa kejadian itu, sebaliknya dia memikirkan dirinya hanya berada di rumah.

Pada mulanya Maddox menyangka halusinasinya berpunca daripada ubat yang dimakannya, namun dia kemudiannya mendapat tahu bahawa bisa labah-labah boleh menyebabkan mangsanya berhalusinasi.

Secara Rawak

Artikel Terbaru