Monday, October 25, 2021

Tumpuan kerajaan kepada tiga isu dialu-alukan

Mesti baca

KUALA LUMPUR: Keputusan Kerajaan mengambil tindakan sewajarnya berhubung tiga isu panas yang hangat diperkatakan hingga ke hari ini amat dialu-alukan.

Menurut Ketua Umno Shah Alam, Datuk Azhari Datuk Shaari,  keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan kabinet untuk menubuhkan jawatankuasa khas untuk menyiasat kes kematian Allahyarham Muhammad Adib Mohd. Kassim amat dialu-alukan.

Begitu juga katanya semakan semula undang-undang berkenaan kecuaian kerajaan terhadap kes Pulau Batu Puteh dan siasatan terhadap dakwaan pendedahan bekas peguam negara Tommy Thomas menerusi buku beliau.

“Laporan media semalam, Kerajaan memutuskan untuk mewujudkan satu jawatan kuasa khas bagi memastikan siasatan menyeluruh, telus dan pembelaan sewajarnya terhadap kes kematian Muhammad Adib,” katanya melalui satu kenyataan di Facebooknya.

“Selain isu Pulau Batu yang mana kabinet akan menyemak semula undang-undang berkenaan permohonan semakan dan pentafsiran berkenaan kes Pedra Branca.Begitu juga dakwaan pendedahan Tommy Thomas, di dalam bukunya, My Story: Justice in the Wilderness yang akan disiasat,” katanya.

Kata beliau lagi, ketiga-tiga kes ini bukan sahaja hangat semasa ia dibincangkan oleh netizen pada saat ia baru berlaku malahan hingga ke hari ini.

“Kita menyokong penuh agar ketiga-tiga kes disiasat, disemak dan dikaji dengan teliti bagi memastikan keadilan untuk pihak terlibat. Terimakasih Perdana Menteri dan Kabinet. Inilah Keluarga Malaysia sejati,” ujarnya.

Secara Rawak

Artikel Terbaru