Monday, October 25, 2021

Lelaki curi telefon bimbit ditahan polis

Mesti baca

MIRI: Polis menahan seorang lelaki tempatan pada Jumaat kerana disyaki mencuri sebuah telefon bimbit milik bekas rakan sekerjanya di sebuah ladang sawit di sini.

Suspek berusia 23 tahun itu ditahan sepasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Miri susulan laporan polis yang dibuat oleh mangsa setelah menyedari telefon bimbit miliknya hilang di dalam bilik pada pagi 30 September.

Difahamkan bahawa mangsa berusia 53 tahun, seorang pengawal keselamatan di ladang kelapa sawit berkenaan telah selesai makan tengah hari di kantin kira-kira jam 11 pagi apabila dia mendapati telefonnya bernilai RM600 yang dibeli seminggu lalu telah hilang.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Hakemal Hawari berkata, suspek segera dikenal pasti kerana dilihat menggunakan telefon bimbit yang sama seperti yang dilaporkan hilang pada awalnya apabila datang untuk mengambil gaji terakhirnya.

Siasatan awal mendedahkan suspek telah berhenti kerja dari ladang kepala sawit berkenaan dan berada di sana pada pagi tersebut untuk mengambil gaji.

Kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

Secara Rawak

Artikel Terbaru