Friday, October 22, 2021

Lebih 4.86 juta sudah jadi mangsa

Mesti baca

Angka kematian akibat Covid-19 di seluruh dunia kini melebihi 4.86 juta manakala jumlah kes jangkitan lebih daripada 238 juta.

Berdasarkan data Worldometers pada pagi Ahad, Amerika Syarikat terus merekodkan jumlah kematian tertinggi, 733,058  kes.

Ini diikuti Brazil dengan  600,880  kes, India  450,621   kes, Mexico  281, 958 kes, sementara Rusia kini mencatat  215, 453 kematian.

United Kingdom merekodkan  137,697   kematian, Itali   131, 274  kes kematian dan Perancis pula merekodkan lebih 117,044  kes kematian.

Menurut portal penjejak itu lagi, negara yang merekodkan angka korban  95, 016 kes ialah Jerman manakala Sepanyol  86, 778 kes.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia di tangga teratas dengan 142, 612  kes kematian.

Indonesia dengan lebih 4.22  juta kes jangkitan di tangga ke-14 dunia.

Filipina di tangga kedua  dengan  39, 505     kematian diikuti Malaysia dengan  27, 265 kes, manakala Thailand  17, 691   angka korban termasuk 84 kematian terbaharu.

Malaysia di tangga ke-20 dari segi jumlah kes jangkitan setelah merekodkan lebih 2.33 juta kes.

Secara Rawak

Artikel Terbaru