Saturday, October 23, 2021

Lelaki minta wang tebusan untuk kanak-kanak yang tidak pernah diculiknya

Mesti baca

THANE: Seorang lelaki dihadapkan ke mahkamah di India atas dakwaan meminta wang tebusan bagi membebaskan kanak-kanak yang tidak pernah diculiknya, lapor Arynews.

Kalim Isshaq Ansari, 26, didapati bersalah bawah seksyen 387 Kanun Keseksaan India (menimbulkan ketakutan berbentuk kematian atau menyebabkan kecederaan kronik kerana melakukan pemerasan kepada seseorang).

Mahkamah juga memerintah dia membayar denda INR10,000 (RM567).

Pendakwa raya awam, memberitahu mahkamah polis memfailkan kes penculikan pada 27 Mac 2015 selepas seorang kanak-kanak dilaporkan hilang di Thane.

Ibu bapa kanak-kanak itu kemudian menerima panggilan pada 1 April dan suspek menuntut wang tebusan INR0.1 juta (RM56,760 ) untuk pembebasannya.

Suspek juga mengancam membunuh mangsa jika ibu bapanya tidak menyerahkan wang dimintanya.

Polis berjaya menahan suspek dan dua rakannya, namun kanak-kanak itu tidak di temui.

Kanak-kanak itu bagaimanapun berjaya ditemui semula kira-kira empat tahun kemudian di Nerol, namun dia bukannya diculik sebaliknya melarikan diri dari rumah.

Dalam pada itu, ini bukan kali pertama Kalim Isshaq Ansari melakukan penipuan seperti itu.

Dia dilaporkan menghubungi banyak ibu bapa kanak-kanak yang hilang dan diculik dengan mendakwa dirinya sebagai penculik dan menuntut tebusan bagi pembebasan mereka.

Secara Rawak

Artikel Terbaru