Saturday, October 23, 2021

“Wanita” tergantung di tebing

Mesti baca

SANTA BARBARA: Pasukan Bomba Santa Barbara menerima laporan wanita dilihat bergantung di tebing California menarik nafas lega selepas mendapati ia rupa-rupanya patung.

Jabatan Bomba memberitahu orang ramai yang menghubungi mereka menyuarakan rasa bimbang akan keselamatan “wanita” terbabit memandangkan mereka tiada peralatan menyelamatkannya.

Menurut nypost, selepas disiasat lanjut rupa-rupanya patung tersebut ditinggalkan di situ oleh krew syarikat perfileman yang selesai melakukan penggambaran mereka beberapa hari sebelumnya.

Secara Rawak

Artikel Terbaru