Thursday, December 9, 2021

Turun naik kes Covid-19 di negara Asean

Secara Rawak

Thailand merekodkan lonjakan kes menembusi 21,066 pada Rabu lepas dan menjadi kes aktif tertinggi di Asia Tenggara.

Thailand berada di tangga ke-25 merekodkan kes terkumpul Covid-19 lebih 1.7 juta kes.

Filipina di tangga ke-18 dengan kumulatif positif lebih 2.6 juta pula menunjukkan kes positif Covid-19 harian kepada 11,010 pada Khamis lepas.

Di Malaysia, walaupun trend penularan mula turun, namun kes positif masih dikira tinggi iaitu 9,890 kes pada Khamis.

Malaysia berada di tangga ke-20 dengan lebih 2.3 juta kes terkumpul Covid-19

Sementara, Singapura dengan 83 peratus penduduknya sudah divaksin, merekodkan kenaikan kepada 3,483 kes pada Khamis.

Singapura berada pada tangga ke-107 positif Covid-19, merekodkan 120,454 kes terkumpul.

Sementara, Indonesia yang pernah memecah rekod jangkitan harian 56,757 kes pada pertengahan Julai lepas, kini kes positif Covid-19 harian turun drastik kepada 1,384 kes.

Indonesia berada pada tangga ke-14 merekodkan kes kumulatif lebih 4.2 juta kes.

Brunei Darussalam yang selama ini menjadi antara negara berjaya mengekang Covid-19, kini merekodkan 112 kes dengan rekod tertinggi 578 kes pada 4 Oktober lalu.

Brunei berada pada tangga ke-176 dengan merekodkan 8,464 kes positif.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru