Saturday, October 23, 2021

Kanak-kanak 2 tahun selamba bermain dengan ular

Mesti baca

AUSTRALIA: Sebuah video menunjukkan budak lelaki berusia 2 tahun bermain dengan ular menjadi viral di media sosial dan mengundang pelbagai reaksi.

Banjo, anak kepada Matt Wright si penangkap buaya yang terkenal dan dia tidak menunjukkan sebarang reaksi takut semasa memegang ular sawa berukuran 2 meter itu.

Banjo dengan berani menarik ekor ular itu menggunakan kedua-dua tangannya seperti menarik tali.

Wright, yang menangkap dan memindahkan reptilia gergasi di Australia selama 20 tahun memutuskan mengajar Banjo kemahirannya menawan haiwan selama ini.

Matt Wright terkenal kerana mempertaruhkan nyawanya memindahkan buaya dan haiwan berbahaya lain melalui rancangan National Geographic “Outback Wrangler.”

Video Wright dan Banjo bersama ular sawa itu bagaimanapun mendapat kritikan netizen media sosial yang mendakwa Wright membahayakan nyawa anaknya, membiarkannya bermain dengan reptilia tersebut, lapor dailymail.com.

Secara Rawak

Artikel Terbaru