Saturday, October 23, 2021

Culik diri sendiri demi lunas hutang

Mesti baca

BIJNOR: Seorang lelaki menculik dirinya sendiri semata-mata kerana hendak memeras wang ibu bapanya untuk membayar hutang.

Menurut laporan media, Tej Pal Singh lelaki dari Bijnor, Uttar Pradesh datang ke balai polis membuat laporan anak lelakinya Sushant Chawdharty hilang.

Singh juga berkunjung ke pejabat anaknya dan diberitahu dia tidak datang bekerja sejak 8 September.

Singh memberitahu polis dia menerima pesanan teks dari nombor Sushant yang mengatakan dia harus mengembalikan separuh daripada jumlah pinjaman INR150,000 (RM8,383) yang dipinjam anaknya.

Menurut polis mesej itu menyebutkan akan ada masalah besar jika baki hutang tidak dibayar.

Susulan laporan Singh itu, serbuan dilakukan di kawasan Gandhi Maidan, Chandni Chowk beberapa kawasan lain sebelum Sushant berjaya dikesan dan ditangkap.

Dia mengaku melakukan penipuan itu semasa disoal siasat polis.

Menurut Ary.news dia memberitahu polis telah melabur wang di laman perdagangan dalam talian secara berkala dan mengambil pinjaman untuk melaburkan wang itu setelah mengalami kerugian.

Secara Rawak

Artikel Terbaru