Friday, October 22, 2021

Tindakan dua ahli Umno tidak wajar

Mesti baca

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah menegaskan bahawa berprinsip. setia kepada parti dan rakyat diutamakan sebagai pegangan seorang pemimpin atau ahli UMNO.

Justeru katanya, tindakan dua ADUN UMNO sangat tidak wajar kerana itu atas apa pun alasan yang mereka beri ianya tetap salah.

“Mana boleh mengheret parti, apatah lagi bersekongkol bersama musuh parti bagi menjayakan matlamat peribadi,” katanya menerusi laman facebook berkaitan isu terbabit dengan turut menyertakan gambar pertemuan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka iaitu Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor) bersama pemimpin PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ujar Shamsul Anuar, Perlembagaan UMNO Perkara 10.6 sangat jelas maka sebab itu memecat keahlian mereka sangat tepat.

“Kerana UMNO tidak perlukan pemimpin seumpama ini. Pemecatan ini juga bukti UMNO tidak bersetuju tindakan itu. Semuanya menyusahkan rakyat dan merugikan parti.

“Maka UMNO mesti tegas. Pilih calon UMNO/BN selepas ini yang betul setia, berprinsip supaya maruah parti tidak digadai dan dijual beli. Saya yakin ahli dan penyokong UMNO setuju,” katanya lagi yang juga Ahli Parlimen Lenggong dalam satu kenyataan.

Dilaporkan, empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka iaitu Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas) mengumumkan hilang kepercayaan serta menarik sokongan terhadap kepimpinan Datuk Seri Sulaiman Md Ali sebagai Ketua Menteri ke-12.

Berikutan penarikan sokongan empat ADUN itu kerajaan kepimpinan Sulaiman kini mempunyai sekadar 13 kerusi daripada 28 kerusi DUN, secara teknikal beliau kehilangan majoriti di DUN untuk terus menerajui kerajaan Melaka.

Secara Rawak

Artikel Terbaru