Friday, October 22, 2021

PRN-12 Sarawak pada  akhir November 2021?

Mesti baca

KUCHING: Adakah Pilihan Raya Negeri Sarawak semakin dekat?

Kini pelbagai pihak mulai bercakap dan meramalkan kemungkinan PRN-12 diadakan lebih awal.

Jika mengikut jangkaan awal, ia hanya diadakan selepas berakhirnya perisytiharan Darurat pada 1 Feb 2022.

Tetapi kini, pelbagai petunjuk memperlihatkan kemungkinan PRN-12 untuk merebut 82 kerusi bakal diadakan pada tahun ini, selewat-lewatnya sebelum pertengahan Disember.

Malah, bukan mengejutkan, ia bakal diadakan seawal minggu terakhir November.

Setiausaha Eksekutif PBB Datuk Awang Bujang Awang Antek dipetik berkata, satu jemputan berasingan  telah dikeluarkan kepada semua wakil rakyat GPS untuk menghadiri mesyuarat khas dengan  Pengerusinya yang juga Ketua Menteri  Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Mesyuarat khas itu dijadualkan pada jam 8.00 malam Isnin depan di Ibu Pejabat PBB di Jalan Bako, di sini.

Pelbagai pihak meramalkan mesyuarat itu dijangka membincangkan agenda Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12.

Tarikh akhir PRN Sarawak diadakan adalah pada 7 Mei 2016, dengan BN  menang 72 daripada 82 kerusi yang ditandingi.

Selepas BN kalah dalam PRU-12, BN Sarawak keluar daripada BN pusat, lalu menubuhkan GPS pada 12 Jun 2018.

Bernama melaporkan pelancaran rasmi konsep Keluarga Malaysia dijadual diadakan pada 22 Okt di Kuching, yang dikenali sebagai bandar raya perpaduan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub.

Kehadiran Perdana Menteri melancarkan Keluarga Malaysia di Sarawak dilihat mempunyai signifikan tersendiri, dan dibaca sebagai petanda bahawa PRN-12 akan diadakan dalam waktu terdekat.

Secara Rawak

Artikel Terbaru