Friday, October 22, 2021

Curi kipas meja dipenjara empat bulan di Kuching

Mesti baca

KUCHING: Akibat mencuri sebuah kipas meja milik bapa, seorang lelaki berketurunan Pakistan dijatuhi hukuman penjara selama empat bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Tertuduh berusia 29, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibaca seorang jurubahasa di hadapan Hakim Zubaidah Sharkawi.

Mahkamah juga memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkapan pada 28 Jun lepas.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan tersebut di sebuah rumah di Taman Riverview, Jalan Daya Bintawa kira-kira jam 6.30 petang, 22 Jun lepas.

Oleh hal demikian, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Secara Rawak

Artikel Terbaru