Saturday, October 23, 2021

Angka jangkitan, korban di dunia terus naik

Mesti baca

Angka kematian akibat Covid-19 di seluruh dunia kini melebihi 4.84 juta manakala jumlah kes jangkitan lebih daripada 237 juta.

Berdasarkan data Worldometers pada pagi Jumaat, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi, 730,154  kes, termasuk 1,657 kematian terbaharu.

Ini diikuti Brazil dengan  599, 865 kes, India  450,160   kes, Mexico  280, 607 kes, sementara Rusia kini mencatat  213, 549 kematian.

United Kingdom merekodkan  137, 417  kematian, Itali   131, 198 kes kematian dan Perancis pula merekodkan lebih 116, 991  kes kematian.

Menurut portal penjejak itu lagi, negara yang merekodkan angka korban  94, 910 kes ialah Jerman manakala Sepanyol  86,701 kes.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia di tangga teratas dengan 142, 494  kes kematian, termasuk 81 kematian terbaharu.

Indonesia dengan lebih 4.22 juta kes jangkitan di tangga ke-14 dunia.

Filipina di tangga kedua  dengan  38, 937   kematian diikuti Malaysia dengan  27,113 termasuk 132  kes terbaharu, manakala Thailand  17, 418  angka korban termasuk 113 kematian terbaharu.

Malaysia di tangga ke-20 dari segi jumlah kes jangkitan setelah merekodkan lebih 2.31 juta kes.

Secara Rawak

Artikel Terbaru