Thursday, December 9, 2021

117 kes kematian, termasuk 21 di Sarawak

Secara Rawak

KUCHING: Kementerian Kesihatan  Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 117 kes kematian akibat Covid-19 semalam.

Menurut perangkaan dikeluarkan GitHub, daripada jumlah itu, 16 kes diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).

Dengan itu,  jumlah keseluruhan kematian mencecah angka 26,876 setakat ini.

Sarawak mencatatkan angka kematian tertinggi dengan 21 kes.

Ini diikuti Perak dan Selangor (masing-masing 14), Kelantan (11), Kedah (lapan), Terengganu (lima), Pahang dan Kuala Lumpur (masing-masing empat), Melaka (dua) serta Negeri Sembilan dan Pulau Pinang (masing-masing satu).

Tiada kes kematian direkodkan di Labuan dan Putrajaya.

Sebanyak 135,945 kes aktif direkodkan, termasuk 846 yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU)  sehingga tengah malam tadi.

Sebanyak 441  pula  memerlukan alat bantuan pernafasan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru