Friday, October 22, 2021

Mahathir nafi simpan duit di luar negara, penting tolak kerajaan korup

Mesti baca

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad  berkata, budaya rasuah akan  merosakkan masyarakat selain  mengundang ke arah negara yang merosot apabila ia mula menjadi amalan orang ramai.

Jadi  menurut Ahli Parlimen Langkawi itu, adalah penting untuk menolak  kerajaan yang korup.

“Rakyat kini dilihat tidak lagi mempercayai ahli politik kerana mereka telah terlibat dengan rasuah,” katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya.

“Sekiranya rakyat tidak memilih dalam pilihan raya, ahli politik yang korup akan menang kerana mereka akan menyogok penyokong mereka untuk memilih mereka. Jadi kerajaan Malaysia akan terus dipimpin oleh ahli politik yang korup,” katanya lagi.

Tun Mahathir  menangkis dakwaan beliau memiliki sejumlah wang yang ditempatkan di luar negara.

Tegasnya,  tiada sebarang bukti yang boleh dikemukakan menyatakan beliau memiliki kekayaan di luar negara.

“Sepanjang karier, saya menolak rasuah. Saya melakukan yang terbaik untuk menunjukkan bahawa saya tidak terlibat dengan rasuah. Saya tidak menjalani kehidupan yang mewah,” jelasnya.

“Betul, saya membina dua rumah tetapi rumah berkenaan dibina dengan pinjaman kerajaan yang saya berhak dan melalui pinjaman dari bank. Ini tidak mahal dan saya dapat membayar pinjaman dengan gaji dan elaun saya,” katanya.

Secara Rawak

Artikel Terbaru