Saturday, October 23, 2021

Lelaki temui ajal ketika cuba makan ular

Mesti baca

ASTRAKHAN: Seorang pekerja ladang dilaporkan menemui ajalnya selepas melakukan cubaan menelan seekor ular berbisa.

Dia dikatakan melakukan persembahan berani itu untuk menghiburkan rakan-rakan sekerjanya di Astrakhan, Rusia selatan.

Menurut tabloid Britain, The Daily Mail dan The Sun, lelaki itu digigit di bahagian lidah oleh ular bersaiz kecil itu setelah kali ketiga melakukan cubaan tersebut.

Dia dikejarkan ke hospital selepas lidahnya membengkak.

Menurut Tabloid itu lagi, yang memetik berita tempatan Rusia, pekerja itu mengalami kejutan anafilaksis dan lidahnya “hampir tidak dapat masuk ke dalam mulutnya” menyebabkan dia termengah-mengah untuk bernafas.

Memetik laporan berita Punkt-A, pakar herpetologi tempatan mengatakan ular itu walaupun berbisa tidak memudaratkan manusia sehingga menyebabkan kematian.

Pekerja tersebut “meninggal dunia akibat reaksi alergi yang serupa dengan yang mungkin terjadi dengan sengatan tebuan.”

Mereka juga menasihatkan orang ramai agar mengelak melakukan eksperimen berbahaya jika tidak bersedia dengan kesan sampingannya.

Secara Rawak

Artikel Terbaru