Saturday, October 23, 2021

Gam disangka ubat titisan, mata wanita melekat

Mesti baca

BRAZIL: Lelaki cemas selepas kesilapannya menyebabkan mata kanan teman wanitanya melekat dan tidak dapat dibuka.

Regina Amorim dari Cachoeiro de Itapemirim, Brazil, merawat penyakit glaukomanya dengan menitiskan ubat mata pada setiap hari.

Dan pada hari kejadian, dia meminta bantuan teman lelakinya.

Malang baginya, teman lelakinya tersilap memberi ubat kepadanya, dia memberi gam Superglue menyebabkan keadaan mata Amorin, 55 menjadi semakin parah dan gagal dibuka.

“Sebaik saja ia masuk ke dalam mata saya, mata saya berasa seperti terbakar dan saya meraung kesakitan,” kata wanita itu kepada media tempatan Brazil, UOL.

“Saya fikir mata saya akan meletup.”

Menurut UOL, botol gam tersebut menyamai saiz dan namanya juga hampir serupa dalam bahasa Portugis iaitu ‘cola’ dan ‘colirio.’

Amorim dikejar ke hospital dan dibenarkan keluar beberapa jam selepas itu, namun menurutnya rasanya amat sakit dan menyebabkan air matanya keluar sepanjang malam.

“Gam tersebut dapat membentuk kerak, yang bergesel dengan kornea sehingga menyebabkan ia luka” kata Doktor Tito, yang merawat Amorim.

Dia membuka kembali mata wanita itu menggunakan gunting dan penyepit untuk menghilangkan bekas pelekat tersebut.

Dia masih dipantau bagi mengesan kesan jangka panjang di bahagian matanya dan tidak dapat dipastikan sama ada teman lelakinya masih bersamanya atau sebaliknya.

Secara Rawak

Artikel Terbaru