Saturday, October 8, 2022

Pelatihan industri UNIMAS di UKAS berjaya tamatkan latihan 10 minggu

Secara Rawak

KUCHING: Menteri Muda Hal Ehwal Korporat dan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Abdullah Saidol meluangkan masa meraikan perpisahan para penuntut institusi pengajian tinggi yang menamatkan latihan industri di Ibu Pejabat UKAS di Bangunan Baitul Makmur 1 pada Ahad.

Hadir sama, Pengarah UKAS, Samat Junai, Timbalan Pengarah UKAS, Samuel Simon serta semua Ketua-ketua Seksyen di UKAS.

Semua penuntut dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) itu telah menamatkan latihan industri selama 10 minggu di UKAS.

Dalam pada itu, Abdullah Saidol mengucapkan selamat maju jaya kepada semua penuntut tersebut yang telah menunjukkan prestasi yang memberangsangkan sepanjang perkhidmatan mereka sebagai pelatih latihan industri.

Jelasnya, para pelatih telah didedahkan dengan suasana pekerjaan yang sebenar dan diberikan tugasan berkaitan bidang masing-masing.

Beliau juga menitipkan pesanan kepada para pelatih agar sentiasa berusaha dan berdikari tanpa membebankan ibu bapa mereka untuk berjaya dalam kehidupan. 

SourceUKAS

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru