Wednesday, June 29, 2022

Bung: Umno akan pertahankan semua kerusinya di Sabah

Secara Rawak

KOTA KINABALU: UMNO Sabah menyambut baik kenyataan Presiden  Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa parti itu sedia berhadapan dengan UMNO di semua kerusi yang ditandingi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Menurut Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, ia merupakan keputusan parti iaitu UMNO akan mempertahankan kerusi Parlimen yang dimenangi parti itu pada PRU yang lalu.

“Di Sabah kita ada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tetapi walau bagaimanapun apabila parti membuat keputusan untuk kita bertanding maka UMNO tiada pilihan.

“UMNO kena mempertahankan kerusi-kerusi yang ditandingi dan seterusnya akan memperkasakan parti,” katanya dalam  satu kenyataan.

Bung Moktar yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata, selaku ketua parti di peringkat negeri pihaknya sedia untuk berhadapan dengan mana-mana parti termasuk PPBM dan sebagainya.

“Kita telah mengharungi pelbagai dugaan yang besar, kita pernah menang, pernah kalah dan menang semua.

“Jadi ini bukan satu rintangan yang besar untuk kita semua bertentangan dengan mana-mana parti dalam PRU akan datang,” katanya.

Beliau turut meminta agar semua jentera parti di semua peringkat untuk sentiasa bersedia menghadapi PRU akan datang.

 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru