Tuesday, August 16, 2022

26,683 jumlah kematian setakat ini

Secara Rawak

KUCHING: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 118 kes kematian akibat Covid-19 semalam.

Menurut perangkaan dikeluarkan GitHub, daripada jumlah itu, 27 kes diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).

Dengan  itu, jumlah keseluruhan kematian setakat ini mencecah angka 26,683 kes.

Perak mencatatkan angka kematian tertinggi dengan 26 kes, diikuti Sabah dan Pulau Pinang (masing-masing 14), dan Kedah (13).

Manakala Sarawak (12), Kelantan (sembilan), Selangor (lapan), Pahang (tiga), Melaka dan Negeri Sembilan masing-masing dua serta Perlis, Terengganu, Kuala Lumpur dan Labuan masing-masing satu.

Tiada kes kematian direkodkan di Kelantan dan Putrajaya.

Sebanyak 150,317 kes aktif direkodkan sehingga tengah malam tadi, termasuk 806 yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Sementara 478  kes lagi  memerlukan alat bantuan pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes Covid-19 di negara ini kini mencecah angka 2,277,565.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru