Saturday, October 23, 2021

Saat cemas bangunan dua tingkat tiba-tiba runtuh

Mesti baca

BENGALURU: Kejadian mengejutkan apabila sebuah bangunan dua tingkat runtuh sempat dirakam orang ramai dan menunjukkan bagaimana bangunan itu roboh dalam masa beberapa saat sahaja.

Insiden berlaku di wilayah Bengaluru di kejiranan Taman Wilson dan bangunan itu dikatakan telah dibina sekitar 1962.

Rakaman menunjukkan saat bangunan itu roboh menyebabkan netizen tergaman melihatnya.

Penghuni bangunan itu bagaimanapun sempat berlari keluar dan menghubungi pasukan kecemasan, selain memberi amaran kepada jiran-jiran berdekatan.

Menurut Ary.news, rentetan kejadian itu kawasan kejiranan itu dipenuhi debu tebal, namun tiada sebarang kerosakan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

Secara Rawak

Artikel Terbaru