Thursday, December 9, 2021

Lelaki berkahwin dengan periuk nasi

Secara Rawak

Platform media sosial baru-baru ini mengisahkan lelaki yang berkahwin dengan periuk nasi kesayangannya.

Dengan foto yang kini tular di media sosial, pengantin lelaki mengenakan pakaian pengantin putih, namun pengantin perempuan hanya mengenakan tudung, memandangkan ia hanyalah sebuah periuk nasi.

Lelaki tersebut yang dikenali sebagai Anam, turut dilihat menandatangani borang perkahwinan mereka dan kemudian mencium “isterinya” itu.

Lebih mencengangkan tentang kisah cinta Anam ini ialah dia telah menceraikan “isterinya” itu selang empat hari kemudian, dengan alasan ia hanya pandai memasak nasi.

Perceraian mereka telah dimuat naik oleh Anam sendiri di akaun Facebooknya.

Sebenarnya perkahwinan Anam dan kisah perceraian dengan periuk nasinya ini semuanya hanya dibuat untuk tujuan hiburan di media sosial.

Anam ialah selebriti terkenal Indonesia yang sering melakukan aksi pelik untuk hiburan peminatnya.

Perkahwinannya dengan periuk nasi ini telah mencetuskan pelbagai reaksi orang ramai, lapor Wion.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru