Thursday, December 9, 2021

Hampir 87 peratus populasi dewasa terima dos lengkap

Secara Rawak

KUCHING:  Kementerian Kesihatan  Malaysia (KKM) memaklumkan setakat malam tadi  86.8  peratus atau 20,317,843 individu  dewasa di negara ini telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (Pick).

Portal CovidNoW menjelaskan sebanyak 3.2% lagi diperlukan untuk mencecah angka 90% populasi dewasa di negara ini lengkap divaksinasi.

Sebanyak 94.2% atau 22,059,329 individu daripada populasi dewasa sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin setakat semalam.

Bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula,  2.3 peratus atau seramai 71,779 telah melengkapkan suntikan vaksin setakat semalam.

Kata data berkenaan, sebanyak 237,245 dos suntikan vaksin turut diberikan semalam melibatkan 103,021 dos pertama dan 134,224 dos lengkap.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos vaksin menerusi Pick  sebanyak 43,933,988 dos sejak ia dilancarkan pada 24 Feb 2021.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru