Friday, October 22, 2021

Dadah ekstasi bernilai RM118,500 dirampas

Mesti baca

MIRI: Seorang lelaki tempatan dan wanita warganegara China disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah diberkas polis semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Miri, Supritendan Mohd Sabri Zainol berkata, suspek lelaki berusia 30 tahun dan pasangan kekasih berusia 33 tahun ditahan kira-kira jam 5.30 petang di sebuah rumah di Kin Link Garden, Piasau, di sini oleh sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Kontinjen Sarawak.

Katanya, dalam serbuan tersebut, pasukan operasi merampas 198 paket plastik masing-masing berisi campuran serbuk disyaki dadah ekstasi bernilai RM118,500.

“Polis turut merampas satu beg plastik mengandungi 590 biji pil ekstasi seberat 205 bernilai RM29,500,” katanya dalam satu sidang media di sini semalam.

Mohd Sabri berkata, polis turut menyita satu beg berjenama, satu dompet berjenama, dua utas jam berjenama dan satu loket emas dengan keseluruhan nilai sitaan berjumlah RM29,000.

Katanya, kedua-dua suspek ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Secara Rawak

Artikel Terbaru