Saturday, January 22, 2022

Bahagian tertentu di Sarawak dijangka alami hujan lebat

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca waspada (kuning) yang membawa hujan lebat, melibatkan bahagian-bahagian di negeri Sarawak, Sabah dan Labuan.

MetMalaysia dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 9.30 pagi ini seperti dipetik Bernama memaklumkan kawasan yang terlibat di Sarawak adalah di Bahagian Limbang.

Sementara itu, hujan lebat dijangka berlaku di beberapa bahagian di Sabah iaitu di bahagian pedalaman Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort, Bahagian Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan juga Labuan.

Kenyataan itu juga mengeluarkan amaran angin bertiup dari arah barat dijangka membawa hujan lebat dan boleh menyebabkan banjir di kawasan berkedudukan rendah di kawasan terbabit.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru