Friday, October 22, 2021

Angka kematian dunia menuju 5 juta

Mesti baca

Angka kematian akibat Covid-19 di seluruh dunia kini melebihi 4.80 juta manakala jumlah kes jangkitan lebih daripada 235 juta.

Berdasarkan data Worldometers pada pagi Sabtu, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 718,000 kes.

Ini diikuti Brazil dengan  597,292 kes, India  448,605 kes, Mexico  277,976 kes, sementara Rusia kini mencatat  208,142 kematian.

United Kingdom merekodkan  136,789 kematian, Itali   130,973 kes kematian dan Perancis pula merekodkan lebih 116,759 kes kematian.

Menurut portal penjejak itu lagi, negara yang merekodkan angka korban melebihi 94,000 kes ialah Jerman manakala Sepanyol melebihi 86,000 kes.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia di tangga teratas dengan 142,026 kes kematian.

Filipina di tangga kedua dengan  38, 493 diikuti Malaysia dengan  26,456 kes, manakala Thailand  16,937 angka korban.

Malaysia di tangga ke-20 dari segi jumlah kes jangkitan setelah merekodkan lebih 2.25 juta kes.

Secara Rawak

Artikel Terbaru