Friday, October 22, 2021

PRU-15: PN capai kata sepakat selesaikan agihan kerusi

Mesti baca

KUALA LUMPUR:  Parti-parti komponen PN telah mencapai kata sepakat untuk menyelesaikan pembahagian kerusi-kerusi yang akan ditandingi di peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri-Negeri (Dun) dengan segera kata Pengerusi Majlis Tertinggi Parti Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddidn Yassin.

“Kami juga telah membincangkan pendekatan dan program yang akan dilaksanakan untuk menyantuni golongan muda selaras dengan pelaksanaan Undi-18 dan bersiap sedia dengan penambahan pengundi-pengundi muda dan baharu ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, PN sentiasa  menghormati dan komited mendukung hak generasi muda untuk mengambil bahagian dalam proses pilihan raya dan amalan demokrasi negara ini.

Muhyiddin sebelum itu mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Parti PN yang dihadiri oleh semua parti komponen iaitu Bersatu, Pas, STAR SABAH, SAPP dan Gerakan.

“Kami telah membincangkan pelbagai isu yang melibatkan pentadbiran kerajaan, perancangan Majlis Pemulihan Negara, pengurusan pandemik Covid-19, situasi ekonoml, Rancangan Malaysia Ke-12 dan isu-lsu yang berbangkit berkaitan politik semasa,” katanya.

Tambahnya, Majlls Tertinggi telah mencapai keputusan secara konsensus mengenal pendirian parti PN berkenaan beberapa isu.

Penganalisis percaya bahawa Umno tidak akan bekerjasama deengan PN dalam PRU-15, sekali gus membuka kemungkinan  pertembungan dengan Pas dan Bersatu.

Damal PRU-14, Umno memenangi 54 kerusi, Pas 18 kerusi dan bersatu 13 kerusi.

Dalam PRU berkenaan, Pas kembali merampas Terengganu dan berjaya mempertahankan kubu kuatnya, Kelantan.

PRU-15 dijangka akan diadakan pada tahun depan.

Secara Rawak

Artikel Terbaru