Saturday, October 23, 2021

Pengantin patah pinggang dilambung rakan pada majlis kahwin

Mesti baca

ROM: Seorang pengantin mengalami kecederaan pada majlis perkahwinannya selepas dilambung rakan-rakannya.

Dalam satu klip video, rakan-rakannya dilihat melambung pengantin tersebut, tetapi mereka gagal menyambutnya menyebabnya terjatuh.

Beberapa saat sebelum insiden itu, isterinya dilihat menari bersebelahan suaminya, Liviu Filimon, 31.

Tradisi melambung pengantin itu biasanya dilakukan pada majlis perkahwinan di rantau itu.

Ketika melambungnya ke udara untuk kali pertama mereka berjaya menyambutnya, namun pada lambungan kedua, mereka gagal menyambutnya.

Sebaik sahaja melihatnya jatuh, isterinya dan tetamu lain berlari mendapatkannya.

Laporan akhbar menyebut tindakan rakan-rakannya menyebabkan keadaannya menjadi semakin teruk apabila mereka mengangkatnya dan meletaknya di atas kerusi sebelum pasukan paramedik datang.

Insiden itu berlaku pada majlis perkahwinan pasangan itu di Romania.

Filimon kini dirawat di Hospital Oradea kerana mengalami patah tulang belakang patah.

Filimon tidak menolak untuk menyaman rakan-rakannya..

Menurutnya, “saya telah menghubungi peguam, tapi saya masih pertimbangkan apakan yang perlu saya lakukan.”

Menurut Dailymail, dia boleh mengerakkan tangannya, tetapi kakinya masih tidak dapat digerakkan.

Secara Rawak

Artikel Terbaru