Saturday, October 23, 2021

Bunuh teman lelaki dengan telefon bimbit

Mesti baca

ARGENTINA: Seorang lelaki menemui ajalnya selepas dibaling menggunakan telefon bimbit oleh teman wanitanya, menurut laporan akhbar di negara itu.

Menurut keterangan mahkamah jenayah Argentina, suspek, Roxana Adelina Lopez, 22, dituduh membunuh teman lelakinya Luis Dario Guantay di rumah sewa mangsa.

Pasangan itu dikatakan bertengkar dan Roxana dipercayai melontar telefonnya ke arah Luis selepas mangsa membelasahnya secara fizikal.

Telefon itu mengenai bahagian kepala mangsa dan dia dikejarkan ke hospital selepas mengadu mengalami sakit kepala yang teruk.

Menurut Al Arabiya English, mangsa menjalani pembedahan pada bahagian kepalanya, namun dia meninggal dunia selang beberapa hari kemudian.

Insiden itu dilaporkan kepada polis oleh ibu mangsa yang meminta polis mengambil tindakan terhadap Roxana.

Secara Rawak

Artikel Terbaru