Thursday, December 9, 2021

YouTube mula sekat video antivaksin

Secara Rawak

NEW YORK: Youtube mula menyekat video berkaitan pergerakan antivaksin yang menyiarkan berita bohong dan mengandungi maklumat tidak benar berkaitan vaksin Covid-19.

Antara saluran yang dihapus oleh YouTube ialah akaun milik aktivis antivaksin.

Pakar mendakwa saluran tersebut menyebarkan keraguan berkaitan vaksin sehingga melambatkan program vaksin di Amerika Syarikat.

Contoh kandungan bahan yang hapuskan oleh YouTube ialah bahan yang mendakwa vaksin flu menyebabkan mandul.

Selain itu, maklumat yang disiarkan menuduh suntikan MMR bertujuan melindungi serangan campak dan rubella dapat menyebabkan autisme.

YouTube mengambil langkah menyekat siaran bahan seperti itu setelah mendapat kritikan daripada media sosial lain seperti Facebook dan Twitter.

Selasa lepas, Youtube turut menghapus bahan berbahasa Jerman didakwa melanggar peraturan berkaitan maklumat Covid-19.

Menurut Washington Post, sebanyak 56 peratus warga AS sudah melengkapkan dua dos vaksin, Kanada 71 peratus dan Britain 67 peratus.

Julai lepas, Presiden AS Joe Biden meminta media sosial mengelak menyebarkan maklumat salah berkaitan vaksin Covid-19.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru