Sunday, May 22, 2022

September yang duka: Bulan paling banyak kematian

Secara Rawak

KUCHING: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 208 kes kematian Covid-19 semalam menjadikan jumlah kumulatif kematian kini mencecah angka 26,143. .

Ini termasuk dua kes direkodkan di Sarawak.

Menurut perangkaan dikeluarkan GitHub, daripada jumlah itu, 64 kes dikategorikan sebagai kematian di luar hospital (BID).

Jumlah kumulatif kes Covid-19  di Malaysia setakat ini mencecah 2,232,960.

Selangor mencatatkan kes kematian tertinggi iaitu 76 kes, diikuti Johor dan Pulau Pinang masing-masing 30.

Ini diikuti Sabah (22), Perak (lapan), Terengganu (tujuh) dan Kuala Lumpur, Perlis dan Pahang masing-masing empat.

Tiada kes kematian direkodkan di Melaka, Negeri Sembilan, Labuan dan Putrajaya.

Sejumlah 9,488 kematian, atau lebih daripada satu per tiga direkodkan hanya pada bulan September menjadikan bulan ini paling teruk dari segi kematian sejak pandemik itu dikesan awal tahun lalu di negara ini.

Secara perbandingan, 7642 kematian direkodkan pada ogos, 3,858 pada Julai, 2,380 pada Jun, dan 1,302 pada Mei.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 169,718 kes aktif dilaporkan termasuk 978 ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 565 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru