Saturday, October 23, 2021

Kaki palsu penjenayah tertanggal semasa cubaan rompak bank

Mesti baca

ALICANTE: Pihak berkuasa Sepanyol menahan lelaki yang dilaporkan cuba merompak bank menggunakan pistol mainan.

Lelaki itu tertanggal kaki palsunya semasa cuba melarikan diri dari pelanggan dan kaki tangan bank dan polis menahannya di lokasi kejadian iaitu di Bank Sabadell.

Seorang rakannya bagaimanapun berjaya melepaskan diri dan kini dicari polis.

Salah seorang saksi memberitahu, pistol yang digunakannya juga begitu jelas pistol palsu.

Menurut Metro UK, suspek berusia 45 tahun merupakan warga Itali dan dia memakai topi serta cermin mata hitam untuk menyembunyikan identitinya.

Pihak polis dilaporkan sudah mengenalinya kerana kegiatan jenayah lainnya sebelum ini.

Secara Rawak

Artikel Terbaru