Saturday, October 23, 2021

Ayah jadi Ultraman raikan hari jadi anak

Mesti baca

HUANGSHI: Seorang ayah memberi hadiah paling menggembirakan pada hari jadi anaknya dengan muncul di kelasnya berpakaian Ultraman.

Video tular di platform Sina Weibo itu menunjukkan adiwira “Ultraman” muncul di kelas tadika di Huangshi, membuat pertunjukan roller skate dan menerima tepukan gemuruh dari semua pelajar.

Selepas persembahannya “Ultraman” memberitahu dia mencari Ultraman kecil dalam kalangan pelajar di situ dan memanggil nama anaknya.

Lelaki tersebut yang dikenali sebagai Li, kemudiannya menjemput anaknya naik ke depan pentas dan dia membuka topengnya menyebabkan anaknya terkejut.

Li juga memberi kek har ijadi untuk anaknya.

Apabila ditanya wartawan tujuannya membuat kejutan itu, Li memberitahu dia sering bekerja di luar bandar dan sentiasa merindui anaknya.

“Saya ingin memberinya kejutan dengan cara ini, supaya dia mempunyai kenangan masa kecil yang tidak dapat dilupakannya.”

Menurut Global Times, netizen yang menonton video ini tersentuh dengan tindakan Li dan memuji sikapnya.

“Dia ayah yang baik dan anaknya pasti akan bahagia mempunyai ayah penyayang seperti itu.”

Secara Rawak

Artikel Terbaru