Friday, August 12, 2022

100 veteran tentera di Sibu terima sumbangan

Secara Rawak

SIBU: Seramai 100 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerima sumbangan berupa kotak makanan daripada Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM Cawangan Sarawak, semalam.

Pengagihan kotak makanan yang dilakukan menerusi program Mindef Prihatin dan Bantu-bantu Malaysia itu diadakan di kafe D’Simpang Kampung Hilir, Sibu.

Menurut Jurucakap JHEV ATM, penerima merupakan veteran yang dikenal pasti memerlukan barangan keperluan yang menetap di kawasan Matu, Daro, Sibu dan juga Mukah.

“Program penyerahan kotak makanan dilakukan sendiri oleh Pengarah JHEV bersama staf JHEV ATM cawangan Sarawak kepada penerima-penerima hadir.

“Turut membantu, Persatuan setempat iaitu Persatuan Veteran Tentera Malaysia Sarawak (PVTMS) sekali gus memastikan program berjalan dengan lancar,” jelasnya dalam satu kenyataan semalam.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru