Sunday, December 5, 2021

Wanita acu pistol semasa pesan makanan di restoran

Secara Rawak

PHILADELPHIA: Klip video wanita mengacukan pistol di sebuah restoran semasa memesan makanan tular di media sosial.

Video terbabit dirakam CCTV restoran dan menunjukkan suspek bersama lelaki berdiri di sisinya menunggu memesan makanan di restoran tersebut.

Seketika kemudian dia dilihat mengeluarkan sepucuk pistol dari begnya dan mengacukan pistol terbabit ke arah pekerja restoran.

Pekerja di restoran tersebut memberitahunya restoran tersebut sudah ditutup atas arahan ketua mereka.

Restoran itu diarah tutup 5 petang dan bukannya 10 malam seperti kebiasaannya.

Namun pelanggan mereka masih boleh menempah makanan secara dalam talian.

Menurut laporan juba-monitor.com wanita itu meminta untuk bercakap dengan pengurus restoran.

Dia juga mengancam pekerja restoran tersebut dengan mengatakan mereka akan menghadapi masalah jika dia tidak mendapatkan makanannya.

Dalam keadaan mencemaskan itu juruwang restoran terbabit sempat menekan bukan kecemasan untuk memaklumkan pegawai keselamatan pusat beli-belah berhubung kejadian itu.

Wanita itu kemudiannya meninggalkan restoran tersebut setelah mendapatkan makanan yang dipesan.

Polis kini mencari suspek dan siasatan juga dilancarkan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru