Thursday, December 9, 2021

MRP bukan untuk kepentingan peribadi

Secara Rawak

BINTULU: Penerima geran projek kecil luar bandar(MRP) diingat untuk menggunakan peruntukan yang diterima dengan sepenuhnya dan bukan disalah guna demi kepentingan peribadi.

Menteri Utiliti Datuk Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, geran yang diluluskan oleh Kerajaan Sarawak itu seharusnya untuk manfaat masyarakat setempat dan tidak boleh digunakan bagi tujuan lain selain daripada yang dipohon.

“Justeru, penerima mesti memastikan projek tersebut dilaksanakan sebaik mungkin termasuk memberi laporan perkembangan projek kepada Pejabat Adun untuk rujukan pihak Jabatan Ketua Menteri.

“Sekiranya penerima MRP gagal melaksana dan menyiapkan projek, kita mungkin tidak dapat mempertimbang permohonan untuk masa hadapan,” katanya berucap pada majlis ringkas penyerahan geran MRP Dun Kemena di sini, hari ini.

Menurut Adun Kemena itu, dana MRP itu amat signifikan untuk mempercepatkan proses pembangunan di kawasan luar bandar di negeri ini.

Pada majlis itu, Rundi turut menyerah geran MRP berjumlah RM700,000  kepada 40 penerima mewakili JKKK dan Biro Wanita rumah panjang dan kampung, kelab, persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Dun Kemena.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru