Saturday, October 23, 2021

Klien enggan bayar upah penuh, kontraktor hancurkan hasil binaan sendiri

Mesti baca

COLORADO: Klip video seorang kontraktor yang bertindak menghancurkan hasil binaannya selepas kliennya enggan membayar upahnya ekoran tidak setuju dengan hasil kerjanya.

Dia menggunakan tukul besi memusnahkan bilik mandi yang baru sahaja diubah suai.

Menurut KRDO 13, kliennya, Amber Trucke hanya membayar kontraktor dari syarikat Dream Home Colorado, AS$3,330 (RM13,936).

Dia sepatutnya membayar keseluruhan AS$7,555 (RM31,617).

Dia beralasan tidak puas hati dengan ubahsuaian tersebut dan ingin memeriksa lebih lanjut sebelum membayar jumlah penuh kepada kontraktor.

Namun, tindakannya menimbulkan kemarahan pemilik bersama syarikat tersebut, Terry James Gregory dan Jordan Cazares.

Mereka berdua nekad memusnahkan semua hasil binaan mereka.

Apabila Trucke meminta mereka berdua berhenti, Gregory enggan bahkan meminta wanita itu membayar mereka, lapor dailydotcom.

Secara Rawak

Artikel Terbaru