Saturday, October 23, 2021

Polis tahan anak bawa mayat ibu bersiar-siar bersama teman wanita dalam trak

Mesti baca

NASHVILLE: Polis menyiasat insiden lelaki yang membawa mayat ibunya yang dibalut dengan terpal di dalam traknya dari bandar Chattanooga sehingga Nashville.

Menurut laporan dari Jabatan Polis Metropolitan Nashville, suspek Thomas Henshall Jr. 37, membawa mayat ibunya menggunakan trak, mengambil teman wanitanya dan memandu ke pusat perubatan di Chattanooga.

Dalam perjalanan, pasangan itu singgah untuk makan dan membeli gas di beberapa tempat hentian.

Apabila mendapati hospital itu sudah tutup, mereka membawanya ke Nashville yang terletak kira-kira 130 batu dari Chattanooga.

Menurut polis, dalam perjalanan ke hospital terbabit, mereka melewati “beberapa hospital dan kemudahan penguatkuasaan undang-undang di sepanjang jalan.

“Setibanya di sana Henshall Jr. memberitahu pihak hospital ibunya telah “membunuh diri dan dia menemui mayatnya di sebuah kawasan hutan di Chattanooga.”

Dia juga memberitahu kekasihnya, dia menjumpai mayat itu di hutan, menurut polis.

Namun apabila pegawai penyiasat menyoalnya Henshall memberitahu dia “berada di sebelah ibunya, ketika dia menembak dirinya sendiri,” kata polis.

Apabila Henshall ditanya di mana ibunya mendapat pistol tersebut, dia enggan menjawab soalan itu.

Menurut Sacramento Bee, Henshall ditahan dan didakwa kerana gagal melaporkan penemuan mayat dan dia juga melakukan gangguan pada bukti.

Tuduhan mengganggu bukti “berpunca daripada Henshall menyentuh dan menyembunyikan mayat mangsa,” jelas polis.

Secara Rawak

Artikel Terbaru