Sunday, December 5, 2021

Pfizer buat ujian klinikal tahap akhir ubat Covid-19

Secara Rawak

Ketika ini beberapa syarikat berusaha menghasilkan ubat antivirus dengan mengambil contoh ubatan Tamiflu untuk rawatan virus influenza.

Pfizer turut memulakan ujian klinikal menengah ke atas ubat PF-07321332 pada Mac 2020 untuk mencegah Covid-19 menjadi lebih parah.

Ubat itu diuji bersama-sama kombinasi ritonavir yang biasa digunakan dalam rawatan virus HIV.

Memetik AFP, Ketua Staf Sains Pfizer, Mikael Dolsten berkata, “kami percaya untuk mengatasi virus memerlukan rawatan berkesan terhadap individu tertular atau terpapar virus, melengkapi kesan yang dimiliki vaksin.”

Ujian klinikal itu melibatkan 2,660 orang dewasa yang dijangkiti Covid-19.

Peserta ujian secara rawak menerima ubat PF-07321332 dan ritonavir atau placebo dua kali sehari selama 10 hari.

Sejumlah syarikat lain turut mengkaji ubat melawan Covid-19 dalam bentuk pil yang dapat ditelan.

Setakat ini ujian menghasilkan ubat ini untuk kegunaan tahap awal pesakit terdedah dengan Covid-19.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru