Friday, October 22, 2021

Pemandu lebih 70 tahun: Kerajaan tiada hasrat tarik balik lesen

Mesti baca

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak pernah berhasrat untuk menarik balik atau mengehadkan lesen memandu kepada individu yang berusia lebih 70 tahun, kata Menteri Pengangkutan.

Menurut Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, ini kerana kompetensi memandu bukan berdasarkan faktor usia, sebaliknya banyak lagi faktor yang menyumbangkan berlakunya nahas kemalangan.

“Kementerian Pengangkutan tidak pernah memberi arahan atau mensyaratkan warga emas yang melebihi 70 tahun untuk mengembalikan lesen..tak pernah.

“Ini kerana kompetensi memandu adalah berlainan, macam Yang Berhormat Langkawi (Tun Dr Mahatahir Mohamad), beliau dapat memandu dengan baik, jauh lebih baik daripada mereka yang membawa gila-gila kereta atas jalan raya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang) mengenai tindakan kerajaan dalam mengurangkan kadar kemalangan selain meletakan had usia kepada warga emas dan pindaan undang-undang seperti dipetik Astro Awani.

Dalam pada itu, Ka Siong berpendapat, kerajaan tidak boleh mendiskriminasikan kepada mereka yang berusia lebih 70 tahun dan itu bukan pendirian Kementerian Pengangkutan.

“Faktor usia bukan satu-satunya punca berlakunya kemalangan, sebaliknya ada banyak lagi faktor,” ujarnya.

Secara Rawak

Artikel Terbaru