Monday, October 25, 2021

Anjing Dognaldo dan kucing Catinho pamer aksi hebat di padang

Mesti baca

BOSNIA: Dalam perlawanan bola sepak di Bosnia antara pasukan Sloboda menentang Posusje, penonton dihiburkan dengan telatah Dognaldo dan Catinho yang muncul secara tiba-tiba di tengah padang.

Klip video menunjukkan seekor anjing masuki padang bola dan membawa lari bola dirampas dari kaki salah seorang pemain.

Seorang pemain lain cuba mengambil bola tersebut semula, tetapi anjing itu begitu mahir menggelecek bola sehingga pemain itu menyerah kalah dan membiarkannya.

Kemahirannya menyebabkan penonton yang melihat aksinya terhibur dan menyamakannya dengan pemain Manchester United, Cristiano Ronaldo.

Di akaun Twitter mereka, pemain Kelab Sloboda menggelarnya Dognaldo.

Pasukan itu turut menyiarkan klip video seekor kucing yang berlari memasuki padang dalam perlawanan yang sama.

Menurut Daily Mail, kucing ini pula diberi nama “Catinho” sempena nama pemain terkenal Barcelona, Ronaldinho.

 

Secara Rawak

Artikel Terbaru