Friday, October 22, 2021

36,000 liter diesel seludup dirampas

Mesti baca

MUKAH: Polis Mukah merampas diesel dipercayai diseludup bernilai RM34,400 dalam sekatan jalan raya di Simpang Matedeng Jalan Mukah-Balingian, pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superintenden Muhamad Rizal Alias berkata rampasan dibuat hasil penahanan ke atas sebuah lori tangki yang membawa muatan diesel itu.

“Hasil pemeriksaan mendapati pemandu lori terbabit yang membawa kira-kira 36,000 liter diesel gagal mengemukakan dokumen yang bekaitan dengan barangan kawalan tersebut,” katanya dalam sidang media di Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna(KPDNHEP) Cawangan Mukah semalam.

Rizal berkata, rampasan dan tahanan telah diserahkan kepada KPDNHEP Cawangan Mukah untuk siasatan lanjut.

Katanya jika sabit kesalahan boleh didenda RM1 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali bagi individu dan RM2 juta atau penjara atau kedua-duanya sekali bagi syarikat.

Secara Rawak

Artikel Terbaru