Monday, October 25, 2021

Selekoh bawa maut ketika hujan renyai

Mesti baca

SAMARAHAN: Seorang penunggang motosikal maut dalam kemalangan kendiri di Jalan Kota Samarahan-Sadong Jaya (Jalan Sebandi Ulu/Sebandi Matang) pada Sabtu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Supritendan Alexson Naga Chabu berkata, kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 11.20 malam sewaktu mangsa, 24 tahun sedang bergerak dari arah Kampung Sebandi Ulu hendak menuju ke arah Asajaya.

“Mangsa dipercayai telah hilang kawalan semasa melalui selekoh lalu terbabas ke dalam parit berlumpur.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, cuaca pada ketika itu hujan renyai-renyai.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Secara Rawak

Artikel Terbaru